Wednesday, 28 November 2012

Leonardo Da Vinci








Leonardo Da Vinci lahir pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau merupakan anak daripada Ser Piero Da Vinci(bapa) dan Caterina (ibu), jadi nama lengkapnya iaitu Leonardo di Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo adalah putra kepada Ser Piero dan berasal dari kota Vinci. Leonardo Da Vinci adalah salah seorang pelukis pada zaman Renaisans di Itali. Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Florence.

Ia juga dikenali kerana lukisannya banyak mencipta design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya,.Selain itu, ia juga turut memajukan ilmu anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.

Leonardo pada zamanya dianggap sebagai seniman gila kerana semasa mempelajari lakaran anatomi, ia suka pergi membongkar kuburan, dan mengambil mayat orang tidak dikenal yang sudah hampir busuk dan membedahnya pada waktu malam. Kadang kala ia melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Ia benar-benar ingin tahu organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni dan berbagai design yang menakjubkan lainnya sebelum meninggal pada 2 Mei 1519. Hingga sekarang, bahkan Einstein dan Isaac Newton pun dianggap tidak sanggup menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.


Karya-Karya Leonardo Da Vinci




1 comment: